MENU

Dimaklumkan bahawa, Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang menjalankan kajian penyediaan Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (Penggantian). Selaras dengan tujuan tersebut, kajian soal selidik perlu dijalankan di peringkat awalan penyediaan dokumen Rancangan Tempatan ini bagi mendapatkan maklumbalas daripada penduduk yang menetap dan bekerja dalam kawasan MPAJ. 

Bagi tujuan tersebut, pihak MPAJ bersama pihak perunding yang telah dilantik telah menyediakan Borang soal selidik yang mengandungi empat (4) seksyen meliputi maklumat responden, pengenalpastian isu dan masalah, potensi dan inspirasi serta harapan pembangunan melalui link berikut :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfaIUjdVIku_P_YJPPd5ye9YjbtKLVvzC8eF7kHXLTE-ppliA/viewform?usp=sf_link

Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang tinggal dan bekerja di kawasan MPAJ dipohon untuk mengisi borang soal selidik tersebut bagi melaksanakan responden tersebut selewat-lewatnya sehingga 15 April 2021.

Kerjasama dan tindakan segera daripada tuan/puan dalam proses pelaksanaan RTMPAJ 2035 ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.