MENU
 

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

    JAWATAN KOSONG

 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Pekerja Sambilan Harian (PSH) di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.

KELAYAKAN :        

1.         Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;

2.         Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik; dan

3.         Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan

 

DESKRIPSI TUGAS :

1.         Bahagian Landskap

- Kerja-kerja semaian pokok bunga dan penyelenggaraan di tapak semaian di

  Kg. Pandan dan AU5 Lembah Keramat.

 

2.         Bahagian Belia dan Masyarakat

- Kerja-kerja menyelenggara dan menggali kubur di Tanah Perkuburan

  kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

 

3.         Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

- Kerja-kerja pembersihan longkang besar, rumah terbiar dan tanah kosong,

  pemantauan kutipan sampah domestik, Program Majlis, Kitar Semula dan

  Pembersihan Depoh Trafik MPAJ.

 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  • Salinan Kelulusan Akademik
  • Salinan Sijil Ko-Kurikulum/Penghargaan; dan
  • 2 keping gambar ukuran passport (warna).

 

5.         Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040/7037

6.         Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

 

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4

MENARA MPAJ

JALAN PANDAN UTAMA

PANDAN INDAH

55100 KUALA LUMPUR

(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

 

TARIKH IKLAN :  10 SEPTEMBER 2019 (SELASA)

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :  20 SEPTEMBER 2019 (JUMAAT)

 

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR