MENU

 

FUNGSI BAHAGIAN

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan urusan menetapkan pengurusan jumlah kompaun diselesaikan dalam tempoh 5 minit.
  2. Memastikan nasihat undang-undang yang jelas dan tepat kepada persoalan atau isu yang lengkap kepada jabatan-jabatan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan.
  3. Memastikan notis peringatan kesalahan dicetak dan diposkan kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari dari tarikh tamat tempoh tawaran penyelesaian tanpa perbicaraan.
  4. Memastikan perjanjian yang dibuat di antara pihak Majlis dan orang perseorangan, syarikat atau agensi kerajaan disemak serta diakui lengkap dalam tempoh 2 bulan.

 
FUNGSI BAHAGIAN

Bahagian Pentadbiran

  • Menguruskan Perkhidmatan Kaunter.
  • Menguruskan hal ehwal kakitangan dan jabatan
  • Menasihat Jabatan dan unit dalam MPAJ berkaitan hal-hal pentadbiran

 Bahagian Pendakwaan

  • Menguruskan kompaun yang dikeluarkan anggota penguatkuasa Majlis dan mana-mana pegawai Majlis yang diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun
  • Menyediakan dokumen pendakwaan seperti saman, kertas pertuduhan dan pengaduan untuk didaftarkan ke Mahkamah
  • Menghadirkan diri ke Mahkamah semasa sebutan kes atau semasa tarikh perbicaraan sesuatu kes
  • Mendapatkan kebenaran atau izin mendakwa daripada Timbalan Pendakwa Raya
  • Menjalankan pendakwaan ke atas kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Majistret
  • Membantu Timbalan Pendakwa Raya dalam kes-kes rayuan daripada Mahkamah Majistret

Bahagian Gubalan, Penyelidikan Dan Pendidikan

  • Menggubal, meminda dan mengulangkaji semua undang-undang kecil yang digunapakai oleh Majlis.
  • Menyediakan draf dan mewartakan undang-undang yang digunapakai untuk dibincang dan dipertimbangkan di peringkat unit dan MPAJ
  • Menjalankan penyelidikan dan carian mengenai undang-undang berkaitan pihak berkuasa tempatan
  • Membaiki, mengadakan dan meminda sistem dan rujukan undang-undang sedia ada
  • Menyebarkan dan mendedahkan undang-undang yang digunapakai oleh MPAJ untuk makluman orang ramai
  • Membangunkan dan menggunakan laman web dan kemudahan teknologi maklumat untuk sebaran undang-undang

 Bahagian Sivil

  • Mewakili MPAJ di dalam kes-kes sivil.
  • Mengurus dan menyelesaikan tuntutan sivil oleh dan terhadap MPAJ
  • Bertanggungjawab mengenai penyelarasan dan pemantauan kes-kes sivil.
  • Membincangkan kes-kes sivil tersebut dengan jabatan-jabatan di MPAJ, agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan pihak yang berkaitan
  • Bahagian Perjanjian
  • Menuruskan kontrak dan perjanjian yang melibatkan MPAJ
  • Menguruskan tuntutan liabiliti Awam