MENU
 
Nama : Puan Hasliza binti Kamarul Zaman
Jawatan : Pengarah N44
E-mel : haliza [at] mpaj [dot] gov [dot] my
No. Telefon : 03-4285 7086
Tingkat : 13

 

FUNGSI JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

1) BAHAGIAN PENTADBIRAN

A) Unit Aduan

  • Menyelaras segala urusan berkaitan aduan jabatan PSP.
  • Menyelaras urusan berkaitan penyeliaan yang merangkumi kerja-kerja berkaitan pentadbiran yang dijalankan oleh pihak KDEBWM.
  • Menyelaras urusan berkaitan tapak pelupusan sampah majlis.

 

B) Unit Pentadbiran

  • Menyelaras urusan berkaitan kakitangan jabatan PSP.

  • Menyelaras dan mengurus urusan berkaitan kewangan jabatan PSP.

  • Menyelaras urusan berkaitan hal-hal pentadbiran yang merangkumi dokumentasi dan pengauditan.

 

2) BAHAGIAN KITAR SEMULA

A) Unit Kutipan

  • Merancang dan melaksana program pengurangan sisa dipunca.

  • Merancang dan  menjalankan  aktiviti/program  yang  berkaitan  kitar semula cth : pusat kitar semula, tong @ kiosk kitar semula dan yang berkaitan.

  • Menjalankan kerjasama dengan agensi kerajaan atau swasta  serta NGO.

     

B) Unit Pendidikan

  • Merancang dan melaksanakan program pendidikan kesihatan (taklimat, pameran dan yang berkaitan) kepada penduduk.

  • Merancang program pembangunan berhubung kait dengan 3R.

 

3) BAHAGIAN KAWALSELIA

A) Unit Operasi (KDEBWM)

  • Menyelaras dan memantau prestasi dan kualiti kerja perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam oleh pihak KDEBWM.

  • Menyelaras dan memantau urusan berkaitan pembersihan di kawasan ampang jaya termasuk sampah haram,  operasi gotong-royong dan yang berkaitan.

  • Menjalankan aktiviti penguatkuasaan.

 

B) Unit Operasi (DALAMAN)

  • Penyeliaan dan pengurusan tanah kosong dan rumah terbiar.

  • Penyeliaan dan pengurusan longkang besar (longkang monsun).
  • Menjalankan aktiviti penguatkuasaan.

 

 

CARTA FUNGSI JABATAN

CARTA FUNGSI JABATAN psp 2024

Sila klik untuk paparan lebih jelas

 

CARTA ORGANISASI JABATAN

 

Carta Organisasi PSP 2024

Sila klik untuk paparan lebih jelas