Menjadikan Perbandaran Ampang Jaya makmur dan harmoni menjelang 2015
KETERANGAN VISI
Selaras dengan hasrat kerajaan memperkasakan perkhidmatan awam bertaraf dunia dengan menyediakan perkhidmatan yang proaktif, responsif dan mengikut kehendak pelanggan, maka Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah menyahut cabaran melalui visinya untuk menjadi Ampang Jaya yang makmur dan harmoni menjelang tahun 2015.
Makmur yang bermaksud stake holder menerima perkhidmatan yang berkualiti tinggi sejajar dengan usaha untuk menjadikan MPAJ sebuah PBT yang bertaraf dunia.
Harmoni bermaksud penduduk Ampang Jaya tinggal dalam harmoni dan menikmati kemudahan perbandaran yang baik dan selesa.
Misi
Menyediakan Perkhidmatan Perbandaran Yang Cekap Dan Berkualiti Bagi Memastikan Warga Ampang Jaya Menikmati Kehidupan Yang Selesa Dan Sejahtera
KETERANGAN MISI
Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan sentiasa memastikan penduduk Ampang Jaya menerima perkhidmatan perbandaran yang terbaik melalui sistem penyampaian yang efektif disamping memperkasakan sistem pengurusan dan tadbir urus agar masyarakatnya menerima perkhidmatan yang berkualiti.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya juga akan sentiasa meningkatkan produktiviti dan inovasi dalam menjadikannya sebuah perbandaran yang kondusif, selamat dan sejahtera untuk didiami.
Moto
Berbakti, Bersih dan Berbudaya
BERBAKTI kepada masyarakat
BERSIH alam sekitar dan pemikiran
BERBUDAYA pekerja yang cekap, amanah, cergas
Jumlah Pelawat : 6629
Tarikh Akhir Dikemaskini : 31 Januari 2011