Memastikan urusan menetapkan pengurusan jumlah kompaun diselesaikan dalam tempoh 5 minit.
Memastikan nasihat undang-undang yang jelas dan tepat kepada persoalan atau isu yang lengkap kepada jabatan-jabatan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan.
Memastikan nasihat undang-undang yang jelas dan tepat kepada persoalan atau isu yang lengkap dikemukakan secara lisan oleh orang awamdalam tempoh 30 minit.
Memastikan notis peringatan kesalahan dicetak dan diposkan kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari dari tarikh tamat tempoh tawaran penyelesaian tanpa perbicaraan.
Memastikan perjanjian yang dibuat di antara pihak Majlis dan orang perseorangan, syarikat atau agensi kerajaan disemak serta diakui lengkap dalam tempoh 2 bulan.
FUNGSI BAHAGIAN
Bahagian Pentadbiran
Menguruskan Perkhidmatan Kaunter.
Menguruskan hal ehwal kakitangan dan jabatan
Menasihat Jabatan dan unit dalam MPAJ berkaitan hal-hal pentadbiran
Bahagian Pendakwaan
Menguruskan kompaun yang dikeluarkan anggota penguatkuasa Majlis dan mana-mana pegawai Majlis yang diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun
Menyediakan dokumen pendakwaan seperti saman, kertas pertuduhan dan pengaduan untuk didaftarkan ke Mahkamah
Menghadirkan diri ke Mahkamah semasa sebutan kes atau semasa tarikh perbicaraan sesuatu kes
Mendapatkan kebenaran atau izin mendakwa daripada Timbalan Pendakwa Raya
Menjalankan pendakwaan ke atas kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Majistret
Membantu Timbalan Pendakwa Raya dalam kes-kes rayuan daripada Mahkamah Majistret
Bahagian Gubalan, Penyelidikan Dan Pendidikan
Menggubal, meminda dan mengulangkaji semua undang-undang kecil yang digunapakai oleh Majlis.
Menyediakan draf dan mewartakan undang-undang yang digunapakai untuk dibincang dan dipertimbangkan di peringkat unit dan MPAJ
Menjalankan penyelidikan dan carian mengenai undang-undang berkaitan pihak berkuasa tempatan
Membaiki, mengadakan dan meminda sistem dan rujukan undang-undang sedia ada
Menyebarkan dan mendedahkan undang-undang yang digunapakai oleh MPAJ untuk makluman orang ramai
Membangunkan dan menggunakan laman web dan kemudahan teknologi maklumat untuk sebaran undang-undang
Bahagian Sivil dan Kontrak
Mewakili MPAJ di dalam kes-kes sivil.
Mengurus dan menyelesaikan tuntutan sivil oleh dan terhadap MPAJ
Bertanggungjawab mengenai penyelarasan dan pemantauan kes-kes sivil.
Membincangkan kes-kes sivil tersebut dengan jabatan-jabatan di MPAJ, agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan pihak yang berkaitan
Menyediakan kontrak dan perjanjian yang melibatkan MPAJ
Jumlah Pelawat : 1229
Tarikh Akhir Dikemaskini : 17 Februari 2011