Menguatkuasa undang-undang mengikut peraturan yang diperuntukkan dan di guna pakai di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Memberi perkhidmatan yang cekap dan pantas berdasarkan aduan-aduan yang diterima.
Membantu memperbaiki imej Majlis Perbandaran Ampang Jaya dengan membentuk sebuah pasukan penguatkuasaan undang-undang yang cekap, tegas, berani dan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi apa jua situasi.
1. BAHAGIAN PENTADBIRAN
Unit Pentadbiran Am
Unit Kenderaan
Unit Fotografi
Unit CCTV
2. BAHAGIAN OPERASI
Mengeluarkan notis amaran dan kompaun serta tindakan sitaan ke atas sebarang perlanggaran undang-undang yang telah diperuntukkan.
Merancang dan melaksanakan tindakan operasi seperti operasi pusat hiburan, halangan dan sebagainya.
Memastikan semua aduan yang memerlukan tindakan dengan segera.
Menjalankan tindakan perobohan ke atas halangan setinggan, sambungan rumah tanpa kebenaran binaan struktur haram dan sebagainya
Menjalankan Operasi bersama pihak polis, Jabatan Agama Islam Selangor, Kementerian Dalam Negeri & Kepenggunaan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi - agensi lain yang terlibat dengan tindakan penguatkuasa.
3. BAHAGIAN RONDAAN
Mengeluarkan notis amaran dan kompaun ke atas sebarang perlanggaran undang-undang yang telah diperuntukkan.
Membuat rondaan dan pemantaun ke atas premis perniagaan serta kawasan taman dan perumahan di seluruh kawasan pentadbiran majlis.
Memastikan pemantauan Pusat Siber dan Kafe Siber, Rumah Urut, Pusat Hiburan dan Pusat Snuker dilakukan dari semasa ke semasa
Melakukan pemantauan terhadap jalan rosak, longkang pecah serta penjaja sekitar kawasan sekolah.
Memastikan aduan yang diterima oleh Bahagian Rondaan diambil tindakan.
Mengadakan perjumpaan dengan JKP bagi mengenalpasti masalah penduduk.
4. BAHAGIAN ADUAN
Menerima dan merekodkan aduan yang diterima dalam sistem dan buku rekod aduan
Memastikan semua aduan yang diterima diambil tindakan segera dan maklumbalas kepada pengadu dalam tempoh 2 hari.
Memastikan aduan mengenai binatang berbisa diambil tindakan dan diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
Melakukan Pemantauan ke atas aduan-aduan yang diserahkan kepada bahagian lain.
Mengemaskini laporan setelah aduan diambil tindakan.
Menyediakan laporan khas untuk tindakan pendakwaan.
5. BAHAGIAN TRAFIK
Mengeluarkan kompaun serta tindakan ke atas sebarang perlanggaran undang-undang yang telah diperuntukkan.
Melakukan rondaan di kawasan letak kereta dan kawasan taman majlis.
Melaksanakan operasi tunda dan kunci tayar di kawasan tempat letak kereta dan taman yang diselenggara oleh pihak Majlis.
Melaksanakan tindakan ke atas kenderaan buruk.
Membuat kawalan trafik, keselamatan dan escort.
Memastikan aduan yang diterima oleh Bahagian Trafik diambil tindakan segera.
Memastikan proses tuntutan kenderaan tunda berjalan lancar.
Piagam Pelanggan Bahagian Penguatkuasa
Memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya semasa tindakan diambil dengan tegas dan adil
Memastikan maklumbalas terhadap aduan yang diterima disampaikan dalam tempoh 2 hari kepada pengadu
Menerima, menyiasat dan menyelesaikan aduan binatang berbisa dalam tempoh 24 jam
Memastikan kerja-kerja meroboh setinggan/binaan haram dilaksanakan dalam tempoh 7 hari setelah tamat tempoh notis
Memastikan pengurusan kenderaan yang ditunda boleh dikeluarkan dalam tempoh 7 hari setelah urusan bayaran kos simpanan dan kompaun kesalahan diselesaikan
Memastikan bantuan penguatkuasaan yang dipohon oleh jabatan-jabatan lain dilaksanakan dalam tempoh 24 jam
Jumlah Pelawat : 1437
Tarikh Akhir Dikemaskini : 17 Februari 2011