Bertanggungjawab memproses dan meluluskan pelan-pelan bangunan yang dikemukakan oleh pihak individu swasta, badan-badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan. Memproses pelan mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, Akta, Jalan Parit dan Bangunan (akta 133) dan juga megikut dasar-dasar Majlis
Pemeriksaan dari semasa kesemasa pembinaan bangunan dan pembinaan telah siap sehingga Sijil Pematuhan Penyiapan (CCC) dikeluarkan
Mengawal pembinaan bangunan/sambungan bangunan tanpa kebenaran dengan tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan notis, kerja-kerja meroboh dan penyediaan laporan teknikal ke Jabatan Undang-Undang
Mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima
Memberi permit sementara bagi permohonan meletakkan bahan binaan, khemah kahwin, membaiki rumah, permit ubahsuai dalaman dan lain-lain
Memberi laporan premis-premis perniagaan sebelum Jabatan Kesihatan/Pelesenan menimbangkan kelulusan lesen perniagaan
Memberi ulasan untuk kebenaran merancang ke Jabatan Perancang Bandar dan Unit OSC Pembangunan
Membuat pemantauan kawasan
Unit Aduan / Penguatkuasaan
Membuat lawatan dan rondaan bagi semua aduan yang telah diterima berkaitan bangunan
Mengeluarkan notis dan kompaun bagi semua kesalahan yang berkaitan dengan bangunan
Menyediakan statistik dan pemantauan kepada aduan yang diterima
Membuat laporan teknikal yang melibatkan tindakan mahkamah
Membuat pemantauan ke atas bangunan-bangunan yang telah dikeluarkan notis
Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Menjadi urusetia COB MPAJ dalam menyelaraskan tindakan-tindakan antara jabatan-jabatan yang terlibat di MPAJ dan LPHS serta KPKT
Menjalankan kuasa dan tanggungjawab di bawah Akta 663, Akta 318 dan akta yang berkaitan semasa tempoh permulaan
Menjalankan kuasa dan tanggungjawab di bawah Akta 663, Akta 318 dan akta yang berkaitan sebelum tempoh interim
Menjalankan kuasa dan tanggungjawab di bawah Akta 663, Akta 318 dan akta yang berkaitan sebelum tempoh akhir
Mengumpul data dan statistik berkenaan bangunan-bangunan bertingkat yang melibatkan hakmilik serata dan perbadanan pengurusan
Unit Telekomunikasi
Bertanggungjawab memproses dan meluluskan pelan-pelan untuk permohonan menara dan alat pemancar telekomonikasi
Pemeriksaan dari masa kesemasa pembinaan menara dan pemancar telekomunikasi
Mengawal pembinaan menara dan pemancar telekomunikasi yang dibina tanpa kebenaran dengan tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan notis dan kerja-kerja meroboh
Unit Bangunan Risiko Tinggi (UBRT)
Mengendalikan isu-isu berkaitan bangunan berisiko tinggi seperti di kawasan berbukit, bekas melombong dan melebihi 5 tingkat
Menyemak semua pelan struktur bangunan dan laporan geoteknik yang dikemukakan oleh Jurutera Perunding
Membuat pemeriksaan berkala terhadap bangunan melebihi lima tingkat yang telah diduduki selama 10 tahun atau lebih bagi memastikan bangunan dalam keadaan selamat
Unit Senibina / Rekabentuk
Menyediakan rekabentuk dan lukisan kerja serta penyelarasan terhadap projek Majlis
Menjalankan kajian ke atas dasar dan garis panduan yang berkaitan dengan polisi Majlis
Menyelaras projek pembangunan Majlis yang diselenggarakan oleh perunding dan kontraktor di lantik
Bahagian Pentadbiran
Melaksanakan urusan pentadbiran Jabatan Bangunan dan Senibina berkaitan dengan urusan kakitangan (cuti kakitangan, kenderaan Jabatan, elaun dan yang berkaitan)
Mengawal semua rekod-rekod fail Jabtan/mendaftar semua permohonan dan juga surat-surat yang berkaitan
Merekod dan menyimpan semua keputusan mesyuarat berkaitan dengan Jabatan Bangunan dan Senibina
Merekod dan mengawal semua peralatan pejabat yang diterima dari Jabatan Pentadbiran Am
Menyediakan kertas kerja mesyuarat dan laporan bulanan serta membuat surat menyurat luaran dan dalaman untuk Jabatan Bangunan
Menyediakan laoran-laporan ulasan/kelulusan bagi semua permohonan (projek perumahan, tambahan/pindaan, permit, banglo,kilang, kedai dan lain-lain)
Menyediakan laporan-laporan aduan yang berkaitan dengan Jabatan
Menyediakan bil bayaran dan melayan orang awam di kaunter Jabatan
Jumlah Pelawat : 3045
Tarikh Akhir Dikemaskini : 23 Mei 2011