MENU
 

1. Hanya PEMILIK/PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran pada tarikh 24 Mei 2021(Selasa) pada 9.30 pagi.

2. Setiap dokumen pelawaan dijual dengan harga RM100.00. Wang pembayaran tidak akan dikembalikan.

3. Syarat-syarat, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan dan akan dipaparkan pada 25 Mei 2022 (Rabu) di galeri Aras 4, AMajlis Perbandaran Ampang Jaya.( 9.00 pagi sehingga 4.00 petang)

4. Dokumen pelawaan tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

5. Petender DIWAJIBKAN mempunyai emel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM

6. Petender hendaklah melampirkan sesalinan MOF dan UPEN  sewaktu taklimat pendaftran pada tarikh yang ditetapkan.

7. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan kedalam  DUA (2) SAMPUL SURAT YANG DILEKATKAN ATAU DIGAM yang berasingan dan ditandakan "Cadangan Teknikal" dan "Cadangan Kos" di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada YANG DI PERTUA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA.

8. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah diserahkan di Bilik Bahagian Ukur Bahan seperti alamat di atas sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 14 Jun 2022. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

9. Petender yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 3 bulan daripada tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

10. Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 08/03/04-130/2022
Tender Closing Date: 
Tuesday, 14 June 2022