MENU
 

1. Kontraktor diwajibkan menghadiri pendaftaran. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri pendaftaran ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 23 SEPTEMBER 2020 di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (8.00 pagi - 1.00 tengah hari, 2.00 petang - 4.45 petang hari Isnin - Khamis & 8.00 pagi - 12.15 tengah hari, 2.45 petang - 4.45 petang Jumaat sahaja).

3. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam 2 SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.

4. Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

5. Petender  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya. 

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356 atau sila rujuk Portal MPAJ untuk iklan yang lebih terperinci.

7. Petender diGALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

8. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan MOF, UPEN dan SSM yang masih sah. Kegagalan pihak syarikat membawa dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.

Tender Ref: 
MPAJ 07/03/04-061/2020
Tender Closing Date: 
Wednesday, 14 October 2020