MENU
 

i. Perunding diwajibkan menghadiri taklimat. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

ii. Syarat-syarat, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Meja Pelawaan dan dipamerkan  di Bahagian Ukur Bahan pada waktu pejabat bermula 2 Julai 2019 hingga 23 Julai 2019. Dokumen Pelawaan adalah dijual dengan kadar RM50.00 bagi setiap satu (1) set.

iii. Perunding perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen pelawaan tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

iv. Tempat serahan dokumen adalah di alamat yang tertera di atas

v. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan kedalam  DUA (2) SAMPUL SURAT YANG DILEKATKAN ATAU DIGAM yang berasingan dan ditandakan "Cadangan Teknikal" dan "Cadangan Kos" di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada YANG DI PERTUA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA.

vi. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah diserahkan di Bahagian Ukur Bahan Tingkat 16 seperti alamat di atas sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 23 Julai 2019. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

vii. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

viii. Perunding di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri taklimat.

Syarat Utama Pelawaan

Petender dikehendaki WAJIB membawa Sijil Pendaftaran ASAL dan SALINAN tersebut:

  1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan berdaftar di bawah kod bidang yang ditetapkan,
  2. Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN),
  3. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) *(jika ada)
Tender Ref: 
MPAJ 05/03/04-017/2019
Tender Closing Date: 
Tuesday, 23 July 2019