MENU
 

BUNGA RASMI MPAJ

 

Bunga Tanjung

Bunga Tanjung
Mimusops Elengi

Kenapa Bunga Tanjung jadi pilihan
Bunga Tanjung terpilih sebagai Bunga Rasmi lambang Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana menurut sejarah, kawasan Ampang Jaya dahulunya dipenuhi dengan pokok Bunga Tanjung. Justeru itu, dengan pemilihan ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan berusaha untuk memulihkan semula bilangan pokok Bunga Tanjung di kawasan Ampang Jaya sekaligus dapat menghijaukan dan mengindahkan kawasan bandar.

CIRI-CIRI KETERANGAN
Nama Saintifik Mimusops Elengi
Nama Tempatan Bunga Tanjung, Tanjung, Mengkulah
Asal/habitat India, Burma dan Sri Lanka
Ketinggian & Diameter Boleh mencapai sehingga 25 meter tinggi apabila tua. Ukurlilit batang lebih kurang 0.45 meter.
Pembiakan Dibiak daripada biji benih
Saiz Pokok Sederhana Besar
Daun Daunnya padat berwarna hijau tua dengan daun muda hijau muda
Silara Berbentuk bulat, kemas dan rendang seperti payung. Pokok Tanjung berbunga biasanya mempunyai dahan-dahan yang tumbuh rendah.Pemangkasan awal dapat menentukan ketinggian dahan yang sesuai serta dapat mengawal Pembentukan Silira.
Bunga Bunganya kecil (kira-kira ½ inci lebar), berwarna kuning susu, berbentuk seperti bintang (mempunyai 6 petal) serta berbau wangi (terutama di waktu malam)
Buah Buahnya berbentuk seperti jantung, berwarna merah coklat apabila masak. Saiz buahnya kira-kira 1-1/3 x ½ -2/3. Pada Pangkal buah terdapat 8 sepal
Kegunaan Pokok Bunga Tanjung popular ditanam sebagai pokok teduhan dan hiasan. Sesuai ditanam dipinggiran jalan tempat letak kereta dan menghiasi perkarangan bangunan
Keterangan Am Pokok bunga tanjung adalah sejenis pokok malar hijau yang mempunyai pertumbuhan yang lambat. Bunganya digunakan secara meluas oleh kaum India untuk upacara keagamaan.