|
| |
|
| Majlis Perbandaran Ampang Jaya ditubuhkan pada 1 Julai 1992 dan diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993. |
|
| Pecahan Gunatanah:
Hutan - 50.7%
Perumahan - 36.4%
Kemudahan Awam - 5.2%
Pertanian - 3.1%
Perniagaan - 2.7%
Perindustrian - 0.9% |
|
| MPAJ terletak dipinggir bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersempadan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. |
|
| Terletak di dalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu Daerah Hulu Langat dan Daerah Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang, keseluruhan Mukim Hulu Kelang dan sebahagian Mukim Setapak. |
|
| Keluasan kawasan pentadbiran MPAJ : 14 350 hektar atau 35 458.9 ekar |
|
| Jumlah penduduk diseluruh kawasan MPAJ dianggarkan seramai 574,300 orang pada tahun 2007 (sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia) dan ianya merangkumi 12.7% dari keseluruhan penduduk di Negeri Selangor. |