| CIRI-CIRI | KETERANGAN |
| Nama Saintifik | Mimusops Elengi |
| Nama Tempatan | Bunga Tanjung, Tanjong, Mengkulah |
| Asal/habitat | India, Burma dan Sri Lanka |
| Ketinggian & Diameter | Boleh mencapai sehingga 25 meter tinggi apabila tua.Ukurlilit batang lebih kurang 0.45 meter |
| Pembiakan | Dibiak daripada biji benih |
| Saiz Pokok | Sederhana besar |
| Daun | Daunnya padat berwarna hijau tua dengan daun muda hijau muda |
| Silara | Berbentuk bulat, kemas dan rending seperti paying. Pokok Tanjung berbunga biasanya mempunyai dahan-dahan yang tumbuh rendah.Pemangkasan awal dapat menentukan ketinggian dahan yang sesuai serta dapat mengawal Pembentukan Silira. |
| Bunga | Bunganya kecil (kira-kira ½ inci lebar), berwarna kuning susu, berbentuk seperti bintang (mempunyai 6 petal) serta berbau wangi (terutama di waktu malam) |
| Buah | Buahnya berbentuk seperti jantung, berwarna merah coklat apabila masak. Saiz buahnya kira-kira 1-1/3 x ½ -2/3. Pada Pangkal buah terdapat 8 sepal |
| Kegunaan | Pokok Bunga Tanjung popular ditanam sebagai pokok teduhan dan hiasan. Sesuai ditanam dipinggiran jalan tempat letak kereta dan menghiasi perkarangan bangunan |
| Keterangan Am | Pokok bunga tanjung adalah sejenis pokok malar hijau yang mempunyai pertumbuhan yang lambat. Bunganya digunakan secara meluas oleh kaum India untuk upacara keagamaan. |