PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Kepada pelanggan-pelanggan MPAJ , berikut adalah komitmen dan janji kami untuk memberi perkhidmatan kepada anda.

 

1. SURAT MENYURAT DAN PENGURUSAN ADUAN

  Surat-surat permohonan, makluman dan lain-lain surat yang diterima dijawab dalam tempoh   
    3 hari bekerja.
   Memastikan Respon kepada pertanyaan dan aduan pelanggan cepat, tepat dan mesra dengan
    menepati tempoh berikut:
        § Akuan penerimaan dalam 24 jam
        § Maklumbalas awal dalam tempoh 14 hari
        § Laporan status aduan dalam masa 2 bulan
   Aduan-aduan yang diterima melibatkan sampah, kebersihan dan serangga berbisa diambil
    tindakan dalam tempoh 24        jam (hari bekerja), aduan-aduan infrastruktur yang melibatkan
    kos dilaksanakan/diambil tindakan dalam tempoh 1 bulan.
   Kerja-kerja dalam kategori kecemasan / bencana dibuat dalam tempoh 24 jam.

2. KAWALAN PEMBANGUNAN   

   Tempoh kelulusan permohonan pelan-pelan bangunan seperti Kebenaran Merancang adalah 30 hari,
    Kerja Tanah ialah 14  hari, Infrastruktur ialah 14 hari, Bangunan ialah 21 hari dan Lanskap ialah
    14 hari dengan syarat permohonan adalah lengkap.
  Kelulusan pelan ubahsuai rumah dikeluarkan dalam tempoh 1 jam, tertakluk kepada pematuhan syarat-
    syarat yang ditetapkan.
  Kelulusan permohonan permit khemah/menutup jalan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam (hari bekerja).

 3. KAWALAN PERNIAGAAN

  Permohonan lesen perniagaan dan iklan  (tidak memerlukan ulasan Jabatan Teknikal) diluluskan
     dalam tempoh 24 jam (hari  bekerja) dengan syarat permohonan adalah lengkap.
  Permohonan Kelulusan Lesen hiburan dan Tempat Hiburan diluluskan dalam tempoh 30 hari
     bekerja dengan syarat permohonan adalah lengkap.
  Permohonan kelulusan dan pengeluaran permit sementara dikeluarkan dalam tempoh 24 jam
     (hari bekerja) dengan syarat  permohonan adalah lengkap.
  Permohonan Kelulusan dan Pengeluaran Lesen Gerai diluluskan dalam tempoh 30 hari.

 4. PENGURUSAN CUKAI TAKSIRAN

  Permohonan menukar alamat surat menyurat bagi urusan cukai taksiran diproses dan diselesaikan
    serta merta.
  Maklumbalas keputusan tuntutan elaun pulangan cukai taksiran (remisi) akan dikeluarkan
     dalam tempoh 7 hari selepas diluluskan oleh Mesyuarat Penuh Majlis.
  Bil cukai taksiran disampaikan kepada pemilik harta sebelum 1 Januari bagi penggal pertama
     dan sebelum 1 Julai bagi penggal kedua setiap tahun.

 

[seterusnya]
PROFAIL YDP
PROFAIL AHLI MAJLIS
SEJARAH MPAJ
PIAGAM PELANGGAN
MISI & VISI
LATARBELAKANG MPAJ
MAKLUMAT AM MPAJ
CARTA ORGANISASI
MS ISO 9001 : 2000
ANUGERAH
LOKASI MPAJ
KAUNTER BAYARAN
KEMUDAHAN
PERUNDANGAN
BELANJAWAN
PELANCONGAN
LAMAN UTAMA ORGANISASI SOALAN LAZIM PETA LAMAN HOTLINE HUBUNGI KAMI WEB ADMIN WEB-MAIL
[ Amalan 5S ] [ Konsep 5E ] [ Konsep 6M ] [ Tonggak12 ]
PEJABAT DAERAH
PB TEMPATAN
KERAJAAN NEGERI
MAKLUMAT MPAJ
JADUAL PUNGUTAN SAMPAH
TEMPAT LETAK KERETA
MAKLUMAN KESIHATAN
KITAR SEMULA
AKTIVITI PASAR
OPERASI SITA
OPERASI TUNDA
PROGRAM/AKTIVITI
PUSAT KOMUNITI IT
SUASA EFEKTIF
PERMOHONAN
TENDER || JAWATAN KOSONG || E-BANKING 
Hakcipta @ 2007 terpelihara, Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Penafian : Majlis Perbandaran Ampang Jaya tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan  
oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Laman Web ini sesuai dilayari menggunakan IE sahaja dan resolusi terbaik adalah 1024x768 pixel ke atas.
[ Mail MPAJ ] [ Web Master MPAJ ] [ E-MPAJ]