|
Sinopsis
|
Logo Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dibentuk bagi melambangkan komitmen Majlis Perbandaran Ampang Jaya ke arah memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak penduduk Ampang Jaya dan merancang kemajuan pembangunan kawasan Ampang Jaya dengan menitikberatkan kecemerlangan budaya kerja.
|
|
|
Rekabentuk Huruf M.P.A.J
|
Huruf MPAJ pada logo tersebut direka bagi melambangkan segala pembangunan yang dirancang dengan teliti bagi melahirkan persekitaran yang bersih dan indah. Juga mempamerkan keberkesanan serta kecekapan MPAJ dalam melaksanakan tugas dan melaksanakan peranan MPAJ sebagai pemberi perkhidmatan.
|
|
|
Perkataan Majlis Perbandaran Ampang Jaya
|
Perkataan MPAJ mengelilingi logo tersebut menunjukkan tanggungjawab yang digalas dalam segala urusan pentadbiran dan pembangunan diseluruh kawasan Ampang Jaya.
|
|
|
Elemen Pokok
|
Elemen pokok yang terdapat dalam logo MPAJ melambangkan keprihatinan MPAJ ke arah bumi yang hijau dan bersih.
|
|
|
Elemen Perindustrian dan Perumahan
|
Perindustrian dan Perumahan digambarkan sebagai simbolik kepada kesempurnaan perancangan ke arah kepesatan pembangunan dan ekonomi yang seimbang dan persekitaran Ampang Jaya yang menawarkan kehidupan selesa.
|
|
| 1 2 |