|
KENYATAAN AKHBAR
|
|
KENYATAAN
AKHBAR 2008
|
|
|
GARIS
PANDUAN MENGENAI PENGURUSAN &
PENGENDALIAN PASAR MALAM
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
| MPAJ.C.PRO.100-8/8
JKD 2(
) |
|
Adalah
dimaklumkan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang dalam proses untuk
melantik Penganjur-Pengajur Pasar Malam baru bagi tahun 2009 yang mana
perlantikan ini secara tidak langsung akan menjadikan mereka sebagai mekanisma
kawalan yang dapat membantu Majlis bagi mengawal pasar malam dengan lebih
berkesan. Sebagai makluman, semua penganjur-pengajur pasar malam bagi tahun
2008 akan berakhir pada 31 Disember 2008 dan permohonan baru bagi tahun 2009
telah dibuka bermula pada November 2008 iaitu bagi kemasukan 1 Januari 2009.
Justeru,
Majlis juga telah mengeluarkan garis panduan untuk memberi penerangan dan
penjelasan kepada pihak yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan pasar
malam. Garis panduan ini juga mewujudkan peraturan yang menjurus kepada urus
tadbir yang lebih baik untuk pengurusan pasar malam setelah sekian lama
dibelenggu oleh masalah kekotoran, pembuangan sampah tidak terkawal,
kacauganggu, trafik, penambahan bilangan tapak tanpa izin, warga asing, kutipan
sewa petak tanpa kebenaran, 'sublandlord' dan sebagainya.
Bagaimanapun,
diantara penyelarasan pasar malam yang telah dipersetujui oleh Majlis adalah
dengan melantik penganjur pasar malam baru melalui proses temuduga. Sebagai
makluman juga, bagi tahun 2008, Majlis telah melantik seramai 27 Penganjur
Pasar Malam beserta 43 buah Pasar Malam diseluruh kawasan pentadbiran Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Selain
itu juga, kenyataan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua warga Ampang
Jaya yang berminat dalam Pengurusan Pasar Malam
(sebagai Pengurus Pasar Malam) di sekitar lokasi Pasar Malam di bawah
seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk mendaftar dan mengisi borang
permohonan yang disediakan oleh Majlis.
Borang-borang
permohonan ini boleh diperolehi secara percuma di Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Pejabat-Pejabat
ADUN berhampiran. Sebagai makluman juga, borang permohonan akan dikeluarkan
kepada pemohon yang sah sahaja iaitu PERSATUAN / PERTUBUHAN YANG MEMPUNYAI
SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN YANG MEWAKILI PENDUDUK / PENIAGA, SYARIKAT YANG
MENDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) ATAU JAWATANKUASA
PENDUDUK.
Pemohon
yang berminat bolehlah mendapatkan borang permohonan ini dan mengisi dengan
lengkap serta dilampirkan bersama profail syarikat. Pemohon yang berjaya akan
dimaklumkan untuk menghadiri temuduga pada tarikh yang akan ditetapkan oleh
Majlis. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21
November 2008.
Sehubungan
itu, besarlah harapan Majlis agar pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini
kepada para pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
"BERBAKTI,
BERSIH, BERBUDAYA"
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
|
PENGELUARAN
PERMIT SEMENTARA PENJAJA NASI LEMAK DAN PISANG GORENG DI SELURUH KAWASAN
|
|
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA |
|
| MPAJ.C.PRO.100-8/8
JLD 2 ( )
|
|
Kenyataan
ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung keputusan Majlis untuk mengeluarkan
permit sementara penjaja Nasi Lemak dan Pisang Goreng di seluruh kawasan
pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) telah meneliti dan membuat bancian ke atas penjaja-penjaja
Nasi Lemak
dan Pisang Goreng dan melalui Mesyuarat, Majlis telah memutuskan untuk
mengeluarkan permit sementara kepada penjaja-penjaja Nasi Lemak dan Pisang
Goreng.
Sebagai makluman, keputusan mengeluarkan permit sementara hanya akan
dibenarkan sekiranya lokasi yang dipohon tidak mendatangkan kesesakan
lalulintas dan tidak mendatangkan kacauganggu kepada penduduk sekitar serta
tiada aduan yang diterima oleh Majlis. Permit juga tidak akan dikeluarkan
kepada para penjaja yang berniaga di hadapan sekolah.
Penjaja juga hanya dibenarkan menggunakan meja lipat, payung ataupun
lori serta dikenakan permit sementara sahaja berjumlah RM50 yang perlu
diperbahurui setiap dua (2) bulan. Kawasan perniagaan yang ditinggalkan juga
perlulah dalam keadaan bersih tanpa meninggalkan apa-apa sampah perniagaan
mereka. Majlis turut mewajibkan setiap
penjaja menghadiri Kursus Pengendalian Makanan dan menerima suntikan TY2 selain
perlu mematuhi syarat-syarat yang ada. Walau bagaimanapun, bagi penjaja yang
menjalankan perniagaan mereka di dalam kawasan 'management corporation'(MC),
perlulah mendapatkan surat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan
bangunan sebelum memohon lesen daripada pihak Majlis.
Masa perniagaan Nasi Lemak akan bermula jam 7.00 pagi sehingga 11.00
pagi, manakala bagi Pisang Goreng adalah bermula dari jam 2.30 petang sehingga
7.00 petang.
Sebagai makluman, tiada permit yang akan dikeluarkan bagi peniaga /
penjaja yang berniaga di hadapan sekolah. Majlis juga akan menjalankan
pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih telus, berhemah dan berterusan
terhadap semua penjaja-penjaja di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang
Jaya (MPAJ).
Sehubungan itu, besarlah harapan Majlis agar pihak tuan dapat
menghebahkan perkara ini kepada pengadu dan para pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
"BERBAKTI,
BERSIH, BERBUDAYA"
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
|
|
|
|
GELAPNYA
TAMAN
DAGANG – 5 SEPTEMBER 2008
|
|
| MPAJ.C.PRO.100-8/8
( ) -
LAPORAN AKHBAR UTUSAN
MALAYSIA
|
|
Kenyataan
ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung aduan yang diterima menerusi aduan
dari Akhbar Utusan Malaysia bertarikh
5 September
2008 bertajuk Gelapnya
Taman Dagang adalah berkaitan.
Majlis telah mengambil maklum berkaitan masalah yang dibangkitkan
ini.
Laporan Akhbar
Utusan
Malaysia
berkaitan ketiadaan lampu jalan di sekitar kawasan perumahan Taman Dagang,
Ampang menyebabkan
penduduk berada
di dalam keadaan gelap dan ketakutan berikutan kerisauan mereka tentang ancaman
jenayah. Siasatan
Majlis mendapati
kawasan yang
dimaksudkan merupakan sekitar
kawasan kawasan Flat Taman Dagang Fasa 2/1, Ampang. Semakan juga mendapati
lampu-lampu
jalan di
kawasan flat tersebut adalah di bawah seliaan dan penyelenggaraan pihak
pengurusan bangunan (maintenance
corporation)
iaitu Dagang
Baru Enterprise (DBE).
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga telah mengarahkan
agar pihak pengurusan bangunan
(maintenancecorporation)
untuk
sentiasa menyelia dan memantau keadaan lampu-lampu jalan
di kawasan perumahan tersebut agar
masalah ini tidakberulang
lagi. Pihak
pengurusan turut dimaklumkan untuk mengatasi dan membaiki lampu-lampu di bawah
penyelenggaraannya
agar berfungsi seperti biasa semula.
Semoga dengan penjelasan ini dapat menerangkan kedudukan
isu ini dengan lebih jelas,
dan majlis sentiasa berusaha untuk mengatasi setiap isu
yang dipaparkan dengan
kadar yang segera. Penduduk juga boleh memanjangkan
sebarang masalah atau aduan
dengan menghubungi
hotline Majlis
ditalian 03-42968100 yang beroperasi 24 jam. Sehubungan itu, besarlah
harapan Majlis agar pihak tuan dapat menghebahkan
perkara ini
kepada pengadu dan para pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
“BERBAKTI,
BERSIH, BERBUDAYA”
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
| LENSA SINAR – 9 SEPTEMBER 20008 |
|
|
| MPAJ.C.PRO.100-8/8 (
) - LAPORAN
AKHBAR SINAR HARIAN |
|
Kenyataan
ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung aduan yang diterima menerusi aduan
dari Akhbar Sinar Harian melalui
Lensa
Sinar bertarikh 9
September adalah berkaitan.
Majlis telah mengambil maklum berkaitan masalah yang dibangkitkan ini. Lensa
Sinar
telah memaparkan berkaitan2
buah motorsikal yang tidak bertanggungjawab memakir dan meletakkan motorsikal
tersebut di kawasan
yang tidak sepatutnya di Taman Melawati.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merakamkan ucapan terima kasih di atas
ketelusan
akhbar ini memaparkan kesalahan parkir di Taman
Melawati. Walau bagaimanapun, siasatan Majlis di tapak mendapati tiada
motorsikal seperti yang dinyatakan. Namu, sebagai makluman Majlis
akan mengambil tindakan sita ke atas mana-mana motorsikal
mahupun kenderaan lain yang memakir kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya
sehingga menyebabkan halangan sekiranya
ianya berlaku.
Semoga dengan penjelasan ini dapat menerangkan kedudukan isu ini dengan lebih
jelas,dan
majlis sentiasa berusaha
untuk mengatasi setiap isu yang dipaparkan dengan kadar yang segera. Penduduk
juga boleh memanjangkan
sebarang masalah
atau aduan
dengan menghubungi
hotline Majlis
ditalian 03-42968100 yang beroperasi 24 jam. Sehubungan itu, besarlah
harapan Majlis agar pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini kepada pengadu
dan para pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
“BERBAKTI,
BERSIH, BERBUDAYA”
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
| TINDAKAN PENGHUNI TUTUP LONGKANG DI
BANTAHAN - 1 SEPTEMBER 2008 |
|
|
| MPAJ.C.PRO.100-8/8 JLD 2(
) - LAPORAN
AKHBAR SINAR HARIAN |
|
Kenyataan
ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung aduan yang diterima menerusi aduan
dari dari
Akhbar Sinar Harian bertajuk
Tindakan Penghuni
Tutup Longkang di Bantah bertarikh
1 September 2008 adalah berkaitan.
Majlis telah mengambil maklum berkaitan
masalah yang dibangkitkan ini.
Laporan dan bantahan penduduk terhadap salah seorang penghuni yang
sengaja menutup longkang
telah dipanjangkan kepada Akhbar Sinar Harian.
Lawatan tapak yang dijalankan oleh Majlis mendapati aduan yang disalurkan
adalah
benar. Siasatan Majlis pada 2 September 2008 terhadap
dakwaan penduduk itu juga turut mendapati terdapat sebuah binaan iaitu
kandang anjing yang menutup longkang tersebut. Semakan Majlis terhadap
pelan susun atur kawasan Taman Mulia Jaya juga
mendapati longkang yang ditutup itu juga merupakan rezab parit.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(MPAJ) telah mengeluarkan
notis D iaitu notis supaya memulihkan semula tanah / longkang kepada keadaan
asal dalam hal pemajuan tanpa kebenaran
merancangpada
2 September 2008 kepada pemilik rumah yang menutup saluran longkang tersebut.
Notis yang dikeluarkan adalah dalam tempoh
30 hari untuk pemilik tersebut merobohkan sendiri binaan
yang dilakukan di atas longkang yang ditutup itu.
Pihak Majlis akan membuat
lawatan susulan
dan pemantauan terhadap kepatuhan pemilik kepada notis yang telah dikeluarkan
dalam tempoh 2 minggu setelahnotis
berakhir bagi memastikan
pemilik mematuhi notis dan arahan yang dikeluarkan.
Sekiranya pemilik gagal mematuhi arahan
yang diberikan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)akan
mengambil tindakan penguatkuasaan dengan meroboh terus binaan
tersebut.
Semoga dengan penjelasan ini dapat menerangkan kedudukan isu ini
dengan lebih jelas, dan majlis sentiasa berusaha
untuk mengatasi setiap isu yang dipaparkan dengan kadar yang segera. Penduduk
juga boleh
memanjangkan sebarang masalah
atau aduan
dengan menghubungi
hotline Majlis
ditalian 03-42968100 yang beroperasi 24 jam. Sehubungan itu,
besarlah harapan
Majlis agar pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini kepada pengadu dan para
pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
“BERBAKTI,
BERSIH, BERBUDAYA”
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
| BUKIT PERMAI SEKALI LAGI DI ANCAM TANAH
RUNTUH -
29 OGOS 2008 |
|
| TINDAKAN DI DAKWA SAMBIL LEWA
- 30 OGOS 2008 |
|
| BUKIT PERMAI RUNTUH LAGI
- 6 SEPTEMBER 2008
|
|
|
MPAJ.C.PRO.100-8/8
JLD 2( )
- LAPORAN
AKHBAR SINAR HARIAN
|
|
Kenyataan
ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung aduan yang diterima menerusi aduan
dari Akhbar Sinar Harian bertajukBukit
Permai
Sekali Lagi di Ancam Tanah Runtuh bertarikh 29 Ogos 2008, Tindakan di Dakwa
Sambil Lewa bertarikh 30 Ogos 2008
dan Bukit Permai Runtuh
Lagi bertarikh 6 September 2008 adalah berkaitan.
Majlis telah mengambil maklum berkaitan masalah
yang dibangkitkan ini. AkhbarSinar
Harian telah melaporkan berkaitan kejadian tanah runtuh yang berulang di
kawasan Taman
Bukit Permai, Ampang.
Sebagai
makluman, hujan yang turun sepanjang petang telah mengakibatkan kejadian
hakisan tanah
yang berlaku di kawasan tanah lapang
Mutiara Court, Bukit Permai sekitar jam 4.30 petang. Terdapat aliran
air yang berlaku di
kawasan hakisan tersebut. Semakan Majlis
mendapat longkang yang berada di bahagian atas bukit tersebut telah pecah
akibat hakisan dan mengakibatkan struktur tanah
tidak stabil. Hakisan berkenaan telah mengakibatkan hakisan cerun tanah
sepanjang 50 meter dan lebar 10 meter. Ianya berlaku
disebabkan oleh ’berm drain’ yang terletak di bahagian atas cerun yang
pecah.
Pihak Majlis juga telah meninjau keadaan di bahagian
atas bukit berkenaan dan mendapati bahawa longkang di bahagian
atas telah pecah dan mengakibatkan aliran air serta melemahkan
struktur tanah. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
telah mengambil tindakan segera dengan melantik pihak kontraktor bagi
kerja-kerja mengalihkan aliran longkang tersebut
dan menutup sepenuhnya runtuhan tanah dengan kanvas dengan kadar segera.
Sepanjang kerja-kerja pembersihan jalan
dilakukan, anggota Penguatkuasa MPAJ dan anggota polis telah membuat kawalan
bagi
keselamatan penghuni Mutiara
Court.
Majlis turut menafikan dakwaan penduduk berkaitan tindakan yang dilaksanakan
oleh
Majlis adalah secara sambil lewa.
Ini berikutan Majlis juga telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan
kerja-kerja
menstabilkan cerun yang
dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu kerja-kerja membaiki longkang
yang pecah dan membina’rubble
pitching’
di kawasan tanah runtuh tersebut. Bagi kawasan runtuhan terdahulu pula, Majlis
telah menerima laporan dan
cadangan
dari pihak IKRAM untuk kerja-kerja penstabilan cerun dan pembaikan kekal di
kawasan berkenaan. Sebagai makluman,
Majlis turut telah menghantar surat permohonan bajet untuk kelulusan kerajaan
negeri.
Semoga dengan penjelasan ini dapat
menerangkan kedudukan isu ini dengan lebih jelas, dan majlis sentiasa berusaha
untuk mengatasi setiap isu yang dipaparkan
dengan kadar yang segera. Penduduk juga boleh memanjangkan sebarang masalah
atau aduan
dengan menghubungi
hotline Majlis
ditalian 03-42968100 yang beroperasi 24 jam. Sehubungan itu, besarlah
harapan Majlis agar pihak tuan dapat
menghebahkan perkara ini kepada pengadu dan para pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
“BERBAKTI,
BERSIH, BERBUDAYA”
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
| MESYUARAT PENUH MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA |
|
|
| MPAJ.C.PRO.100-8/8 JLD
2 ( )
|
|
Mesyuarat Penuh Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi Bulan Oktober 2008 akan diadakan pada :-
Tarikh
:
30 Oktober 2008 (Khamis)
Masa
:
9.00 pagi
Tempat
:
Bilik Mesyuarat 1, Tingkat 16, Menara MPAJ
Para
wartawan dijemput hadir bagi membuat liputan.
Sekian
, terima kasih.
“BERBAKTI, BERSIH, BERBUDAYA”
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
| BANGSAL
KENA ROBOH 4 OKTOBER 2008 -LAPORAN AKHBAR KOSMO!
|
|
| LEMANG
: IBU TUNGGAL RUGI RM12,000
– 4 OKTOBER 2008 - LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA
|
|
| IBU
TUNGGAL MAHU SAMAN MPAJ - 6
OKTOBER 2008 - LAPORAN AKHBAR UTUSAN
MALAYSIA |
| MPAJ.C.PRO.100-8/8
( )
|
|
Kenyataan
ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung aduan yang diterima menerusi laporan
Akhbar Kosmo!
bertarikh 4 oktober 2008
bertajuk Bangsal Kena Roboh, Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 oktober 2008
bertajuk Lemang : Ibu Tunggal Rugi RM12,000 dan Akhbar
Utusan Malaysia bertarikh 6 oktober 2008
Ibu Tunggal mahu saman MPAJ adalah berkaitan.
Majlis telah mengambil maklum berkaitan masalah
yang dibangkitkan
ini. Laporan akhbar terbabit melaporkan berkaitan dakwaan seorang penduduk
iaitu ibu tunggal yang
mendakwa membelanjakan
kerugian sehingga RM 12,000 berikutan gerai lemangnya telah dirobohkan oleh
Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) sehari sebelum menjelang Aidilfitri.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak memberi sebarang
kebenaran / permit kepada peniaga untuk membuat perniagaan lemang di lokasi
iaitu Flat 610, Pandan Indah. Sebaliknya peniaga
telah memohon dan mendapat kebenaran Majlis untuk berniaga lemang di kawasan
lain.
Dimaklumkan juga, Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) tidak melakukan perobohan terhadap bangsal lemang seperti
yang didakwa sebaliknya MPAJ telah
menasihati pemilik agar membuka sendiri dan mengalihkan bangsal tersebut ke
tapak yang dibenarkan. Memandangkan lokasi
tersebut tidak dibenarkan untuk berniaga kerana terlalu hampir dengan kawasan
rumah disamping tidak mendapat permit berniaga
lemang di kawasan tersebut.
Peniaga juga tidak sepatutnya menukar tempat perniagaan sesuka hati tanpa
mendapatkan
kebenaran dari MPAJ terlebih dahulu.
Semoga dengan penjelasan ini dapat menerangkan kedudukan isu ini dengan lebih
jelas,
dan majlis sentiasa berusaha untuk mengatasi setiap isu yang dipaparkan dengan
kadar yang segera. Penduduk juga boleh
memanjangkan sebarang masalah atau
aduan dengan
menghubungi hotline
Majlis ditalian
03-42968100 yang beroperasi
24 jam. Sehubungan itu, besarlah harapan Majlis agar pihak tuan dapat
menghebahkan perkara ini kepada pengadu dan para
pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
“BERBAKTI,
BERSIH, BERBUDAYA”
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
| LAPORAN
AKHBAR NST – 8 OKTOBER 2008 |
|
| |
| MPAJ.C.PRO.100-8/8 (
) |
|
Kenyataan
ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung aduan yang diterima menerusi laporan
Akhbar NST bertarikh 8 oktober
2008 adalah berkaitan.
Majlis telah mengambil maklum berkaitan masalah yang dibangkitkan ini. Laporan
akhbar terbabit
melaporkan berkaitan dakwaan seorang penduduk iaitu ibu tunggal yang mendakwa
membelanjakan kerugian sehingga
RM 12,000 berikutan gerai lemangnya telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) sehari sebelum
menjelang Aidilfitri.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak memberi sebarang
kebenaran / permit kepada peniaga
untuk membuat
perniagaan lemang di lokasi iaitu Flat 610, Pandan Indah. Sebaliknya peniaga
telah memohon dan
mendapat kebenaran Majlis untuk berniaga lemang di kawasan lain.
Dimaklumkan juga, Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ)
tidak melakukan perobohan terhadap bangsal lemang seperti yang didakwa
sebaliknya MPAJ telah menasihati
pemilik agar membuka sendiri dan mengalihkan bangsal tersebut ke tapak yang
dibenarkan. Memandangkan lokasi tersebut
tidak dibenarkan untuk berniaga kerana terlalu hampir dengan kawasan rumah
disamping tidak mendapat permit berniaga
lemang di kawasan tersebut.
Peniaga juga tidak sepatutnya menukar tempat perniagaan sesuka hati tanpa
mendapatkan kebenaran
dari MPAJ terlebih dahulu.
Semoga dengan penjelasan ini dapat menerangkan kedudukan isu ini dengan lebih jelas,
dan majlis sentiasa berusaha untuk mengatasi setiap isu yang
dipaparkan dengan kadar yang segera. Penduduk juga
boleh memanjangkan sebarang masalah atau
aduan dengan
menghubungi hotline
Majlis ditalian
03-42968100 yang
beroperasi 24 jam. Sehubungan itu, besarlah harapan Majlis agar pihak tuan
dapat menghebahkan perkara ini kepada pengadu
dan para pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
“BERBAKTI, BERSIH,
BERBUDAYA”
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
| TAPAK KUATERS JADI REBUTAN -
9OKTOBER 2008 |
|
|
| MPAJ.C.PRO.100-8/8
JLD (
) LAPORAN AKHBAR KOSMO!
|
|
Kenyataan
ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung aduan yang diterima menerusi aduan
dari Akhbar Kosmo! bertajuk
Tapak
Kuaters Jadi Rebutan bertarikh
9 Oktober 2008 adalah berkaitan.
Majlis telah mengambil maklum berkaitan masalah yang
dibangkitkan ini. Dakwaan Akhbar Kosmo yang mengatakan tiga pihak iaitu Jabatan
Kerja Raya (JKR), Pengurusan Sekolah
SJK (C) Ong Pong dan turut mengaitkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
berebut untuk mendapatkan kuaters tersebut adalah
tidak benar.
Sebagai makluman, status semasa tanah tersebut adalah milik Lembaga Pengurusan
SJK (C) Ong Pong.
Walau bagaimanapun, tinjauan Majlis mendapati masih terdapat rumah kuaters JKR
yang didiami oleh dua (2) buah keluarga kakitangan
Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat di tapak. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(MPAJ) turut ingin menegaskan bahawa
Majlis tidak terlibat di dalam menempatkan semula kakitangan Jabatan Kerja Raya
(JKR) tersebut memandangkan
mereka bukanlah setinggan. Berikutan itu, pihak Pengurusan Sekolah SJK (C) Ong
Pong perlulah menyelesaikan masalah ini
dengan merujuk kepada Pejabat Daerah Hulu Langat dan Jabatan Kerja Raya (JKR)
bagi menyelesaikan kekeliruan dan
permasalahan yang timbul.
Semoga dengan penjelasan ini dapat menerangkan kedudukan isu ini dengan lebih
jelas, dan majlis
sentiasa berusaha untuk mengatasi setiap isu yang dipaparkan dengan kadar yang
segera. Penduduk juga boleh memanjangkan
sebarang masalah atau aduan
dengan menghubungi
hotline Majlis
ditalian 03-42968100 yang
beroperasi 24 jam. Sehubungan itu, besarlah harapan Majlis agar pihak tuan
dapat menghebahkan perkara ini kepada
pengadu dan para pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
“BERBAKTI,
BERSIH, BERBUDAYA”
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
| READER FEEDBACK HELPS WITH CLEAN-UPS - 29
SEPTEMBER 2008
|
|
|
| MPAJ.C.PRO.100-8/8
( )
LAPORAN AKHBAR THE STAR |
|
Kenyataan
ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung aduan yang diterima menerusi aduan
dari Akhbar The Star bertajuki
Reader Feedback Helps with Clean-ups
bertarikh 29 September 2008 adalah berkaitan.
Majlis
telah mengambil maklum berkaitan masalah yang dibangkitkan ini. Laporan Akhbar
The Star berkaitan
premis-premis perniagaan yang kotor berhampiran Menara Majlis Perbandaran
Ampang Jaya adalah berkaitan.
Siasatan
Majlis mendapati aduan yang disalurkan adalah benar. Sebagai makluman, Majlis
telah pun mengambil
tindakan segera ke atas kawasan premis yang dimaksudkan dengan c dan telah
mengeluarkan kompaun di bawah
Seksyen 47(1)(d) Akta Kerajaan Tempatan terhadap sebuah premis yang didapati
kotor pada 29 September 2008.
Manakala premis-premis lain yang berhampiran tidak beroperasi semasa operasi
dijalankan.
Dalam masa yang sama,
Majlis sebenarnya telah beberapa kali mengadakan operasi secara bersepadu
dengan Pejabat Kesihatan Daerah
Hulu Langat di kawasan tersebut dan beberapa kawasan lain bagi memastikan
premis-premis yang
beroperasi sentiasa menjaga kebersihan dan mengikut garis panduan yang
ditetapkan. Namun sikap dan etika
peniaga sendiri kadangkala terlalu mengambil mudah dengan perkara asas sehingga
mengabaikan kebersihan
amatlah dikesali. Dalam hal ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan
mempertingkat dan memperkemaskan
pemantauan terhadap premis-premis terutama premis makanan dari masa ke semasa.
Semoga dengan
penjelasan ini
dapat menerangkan kedudukan isu ini dengan lebih jelas, dan majlis sentiasa
berusaha untuk mengatasi setiap isu
yang dipaparkan dengan kadar yang segera. Penduduk juga boleh memanjangkan
sebarang masalah atau aduan
dengan
menghubungi hotline
Majlis ditalian
03-42968100 yang beroperasi 24 jam. Sehubungan itu, besarlah
harapan
Majlis agar pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini kepada pengadu dan para
pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
“BERBAKTI,
BERSIH, BERBUDAYA”
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
| UNUSED WATER TANKS WORRY RESIDENTS
- 29 SEPTEMBER 2008
|
|
|
| MPAJ.C.PRO.100-8/8
( )
LAPORAN
AKHBAR AKHBAR NEW STRAITS TIMES |
|
Kenyataan
ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung aduan yang diterima menerusi aduan
dari Akhbar Akhbar New
Straits Times bertajuk
Unused Water Tanks Worry Residents bertarikh
29 September 2008 adalah berkaitan.
Majlis telah
mengambil maklum berkaitan masalah yang dibangkitkan ini. Laporan Akhbar New
Straits Times berkaitan tangki air yang tidak
digunakan mengundang kerisauan penduduk turut diberi perhatian.
Sebagai makluman, pihak Majlis telah beberapa kali
melakukan semburan kabus di
kawasan Pandan Perdana. Semakan Majlis turut mendapati semburan terakhir bulan
September di Pandan
Perdana juga telah dibuat pada 24 September 2008 di sekitar
Jalan 2/20,
Pandan Perdana.
Manakala Kajian Aedes juga telah dilakukan pada tarikh
dan kawasan yang sama. Pada dasarnya,
masalah tangki air
adalah di bawah
tanggungjawab penduduk sendiri. Penduduk turut dinasihatkan agar lebih peka
dengan
persekitaran
tempat tinggal mereka bagi menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes dan
mengurangkan peningkatan kes demam denggi.
Semoga
dengan penjelasan ini dapat menerangkan kedudukan isu ini dengan lebih jelas,
dan majlis sentiasa berusaha
untuk mengatasi setiap isu yang dipaparkan dengan kadar yang segera. Penduduk
juga boleh memanjangkan sebarang
masalah atau aduan
dengan menghubungi
hotline Majlis
ditalian 03-42968100 yang beroperasi 24 jam. Sehubungan itu,
besarlah harapan Majlis agar pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini kepada
pengadu dan para pembaca budiman.
Sekian
, terima kasih.
“BERBAKTI, BERSIH, BERBUDAYA”
HAJJAH
NORHAYATI BT AHMAD
PEGAWAI
PERHUBUNGAN AWAM
B.P
YANG DIPERTUA
MAJLIS
PERBANDARAN AMPANG JAYA
|
|
|
| PEMBAHARUAN LESEN PREMIS DAN PAPAN IKLAN
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
DI KOMPLEKS MEMBELI-BELAH BAGI TAHUN 2009 |
|
|
| MPAJ.C.PRO.100-8/8 (
) |
|
Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membuka sebuah kaunter di kompleks
membeli-belah terpilih bagi
memudahkan para peniaga memperbaharui lesen premis dan papan iklan mereka.
Kaunter yang bermula pada
15 Oktober 2008 yang lalu juga melibatkan sebanyak 11 buah pasaraya di bawah
pentadbiran Majlis. Kaunter-kaunter
ini beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga 3.45 petang. Berikut dinyatakan
tarikh dan tempat pengoperasian
kaunter yang dimaksudkan bagi membantu para peniaga memudahkan urusan
pembaharuan lesen premis dan
papan iklan mereka.
15
Oktober 2008 – 19 Oktober 2008
-
Pasaraya Pandan Kapital, Pandan Indah
20
Oktober 2008 – 26 Oktober 2008
-
Pasaraya Spektrum, Bandar Baru Ampang
27
Oktober 2008 – 2 November 2008
-
Pusat Membeli-Belah Ampang Point
3
November 2008 - 9 November 2008
-
Pasaraya Paragon Point, Taman Putra
10
November 2008 - 16 November 2008
-
Giant Superstore, Taman Permata
17
November 2008 - 19 November 2008
-
Plaza Putri Park, Taman Putra
20
November 2008 - 23 November 2008
-
Pandan Safari, Pandan Perdana
24
November 2008 - 27 November 2008
-
Galaxy Ampang, Taman Dagang
28
November 2008 - 30 November 2008
-
Pasaraya Tesco, Ampang
1
Disember 2008 – 5 Disember 2008
-
Fajar Mid Point, Pandan Indah
10
Disember 2008 – 14 Disember 2008
-
Pasaraya Carrefour, Ampang
Berikutan
itu, para peniaga yang ingin memperbaharui lesen premis dan papan iklan mereka
diharap dapat | | | |