| Ro | |
|
1
.
| TUNDA/KUNCI TAYAR “CLAMPING” KENDERAAN-Tindakan diambil ke atas pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan berikut :- |
|
2
.
| Perenggan 36(1), Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2007 |
|
3
.
| ”Tiada seorang pun boleh menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta” |
|
4
.
| Perenggan 36(2), Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2007
|
|
5
.
| ”Mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh majlis, mana-mana atendan letak kereta atau mana-mana pegawai polis boleh menunda, mengalih dan menahan mana-mana kenderaan motor, apa-apa barang atau benda yang :- |
|
6
.
| a). Menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta. |
|
7
.
| b). Menggunakan mana-mana tempat atau petak letak kereta bagi maksud menjalankan apa-apaper dagangan atau perniagaan.
|
|
8
.
| c). Menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana meter letak kereta di tempat atau petak letak kereta. |
|
9
.
| d). Menggunakan tempat atau petak letak kereta bagi mempamerkan kenderaan motor untuk jualan |
|
10
.
| e). Menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta yang dikhaskan untuk orang kurang upaya ; atau |
|
11
.
| f). Menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana pili bomba di tempat atau petak letak kereta. |
|
12
.
| Sekeyen 46(1)(g), Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133)
”Menyebabkan atau membenarkan mana-mana kenderaan berhenti
di mana-mana siar kaki”
|
|
13
.
|
KUNCI TAYAR ”CLAMPING”.
|
|
14
.
| Kompaun/denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 50.00 yang boleh dibayar kepada anggota penguatkuasa di tempat kenderaan yang dikunci atau menelefon 03-42968024 untuk mendapatkan bantuan. |
|
15
.
| Pemilik kereta diingatkan supaya mendapatkan resit rasmi apabila membuat pembayaran. Kenderaan akan ditunda ke stor jika pemilik gagal hadir dalam tempoh 1 jam.
|
|
16
.
| TUNDA |
|
17
.
| Kereta akan ditunda dan disimpan di Stor MPAJ. Pemilik kereta boleh menuntut kereta di stor MPAJ dengan mengemukakan geran asal atau salinan geran serta menjelaskan bayaran sebanyak RM 250.00. |
|
18
.
| Pengurangan hanya boleh dibuat oleh Tuan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Pegawai Undang-Undang sahaja.
|
|
19
.
| MOTOSIKAL |
|
20
.
| Mana-mana motosikal yang menghalang atau memberhentikan di atas siar kaki akan disita dan disimpan di Stor Majlis. Pemilik boleh menuntut motosikal dengan mengemukakan geran asal serta menjelaskan bayaran denda sebanyak RM 100.00. |
| 1 2 |