Undang-undang Kecil Undang-undang Kecil

Undang-Undang Kecil merupakan suatu undang-undang yang dibuat di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda atau membatalkan undang-undang kecil mengikut perkara yang diingini bagi kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan tersebut.

Kuasa untuk mewujudkan undang-undang kecil ini diperuntukkan di bawah akta itu iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan hendaklah disahkan Pihak Berkuasa Negeri. Sebagai contoh di bawah Seksyen 102, Akta 171 menggariskan kuasa pihak berkuasa tempatan untuk membuat undang-undang kecil mengenai segala mana-mana maksud yang berikut :

(a) mengatur bentuk dalam mana segala anggaran, bajet, pernyataan, penyata atau akaun lain pihak berkuasa tempatan hendak dibuat dan disimpan;

(b) mengatur hal membaiki, membersihkan, membasahkan atau memasang lampu pada lebuh, jalan, saluran dan jambatan;

(c) mengatur, melesen, menyekat, melarang atau menghapuskan pameran iklan;

(d) mengatur hal menanam, memelihara dan menghapuskan pokok, pokok bunga dan pokok renek di tempat awam;

(e) mengadakan peruntukan bagi melindungi daripada kerosakan atau gangguan mana-mana kerja atau harta pihak berkuasa tempatan yang terletak atau yang ada dalam, di bawah atau di atas mana-mana tempat awam atau persendirian di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan;

(f) mengadakan peruntukan bagi penubuhan, peraturan dan pengurusan mana-mana taman awam, jalan bersiar-siar, taman rekreasi dan bersuka-suka, kebun bunga, kolam renang, tasik, stadium, tempat atau bangunan bersejarah, perpustakaan awam, balai seni lukisan, muzium, panggung awam, restoran, dewan, bilik perhimpunan, taman bunga atau bintang, atau akuarium;

(g) mengatur dalam kawasan pihak berkuasa tempatan pendaratan dan penyimpanan sementara barang-barang di pengkalan, dermaga dan lebuh awam, yang bersambungan dengan mana-mana pelabuhan, atau mana-mana jalan air yang berhubungan dengannya dan menetapkan bayaran yang hendak dikenakan bagi penyimpanan sementara itu;

(h) mengatur apa-apa jualan awam yang diadakan di mana-mana tempat awam;

(i) menentukan lebuh atau kawasan dalam mana-mana kedai, gudang, kilang atau premis perniagaan tidak boleh didirikan, atau dalam mana-mana tred, perniagaan atau pekerjaan tertentu tidak boleh ditubuh atau dijalankan;

(j) mengatur, melesen, menyelia, menyekat atau melarang permainan alat-alat muzik, nyanyian atau lakonan yang diadakan untuk maksud keuntungan, di mana-mana tempat awam;

(k) mengatur penyenggaraan, pembahagian dan penggunaan apa-apa cahaya cipta jadi, gas atau tenaga lain yang dibekalkan oleh pihak berkuasa tempatan;

(l) mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyenggaraan, peraturan dan kawalan perkhidmatan pengangkutan awam dan menetapkan tambang yang hendak dikenakan;

(m) mengatur pasukan bomba dan mengadakan peruntukan bagi syarat perkhidmatan, pentadbiran dan tatatertib semua anggotanya;

(n) (i) mengatur, menyelia dan melesen beca dan gadi dan menetapkan kadar atau tambang, sama ada mengikut jarak atau masa di dalam atau di luar kawasan pihak berkuasa tempatan yang hendak dikenakan bagi perkhidmatan itu, bilangan penumpang dan berat, ukuran dan jenis muatan yang hendak dibawa dan cara pembinaannya;
    (ii) menetapkan piawai kelayakan dari segi kesihatan dan jasmani dan piawai kecekapan bagi pengayuh, pemandu atau penarik beca atau gadi, mengikut manamana yang berkenaan;

(o) mengadakan peruntukan bagi melesen basikal dan trisikal;

(p) mengadakan peruntukan bagi menubuhkan, mengatur, memeriksa dan melesen tempat hiburan, rekreasi awam atau tempat tumpuan awam, dan membuat peraturan-peraturan mengenai hal masuk dan keluar dari tempat itu dan bagi mengadakan tempat letak kereta yang cukup yang bersambungan dengannya atau dalam jarak dekat yang berpatutan dengannya;

(q) melarang, menyekat atau mengatur pengangkutan dan perlombongan batu, kapur, tanah liat, pasir atau bahan lain di mana-mana premis dan pembakaran kapur dan pengilangan bata;

(r) melarang, menyekat atau mengatur penggunaan mana-mana tanah sebagai kolam bagi memelihara atau menternak ikan;

(s) mengawal dan menyelia, dengan pendaftaran, pelesenan atau selainnya, termasuk dalam keadaan wajar dengan melarang sesuatu tred, perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan atau yang boleh menjadi punca kacau ganggu kepada orang awam atau sesuatu kelas orang awam;

(t) memperuntukkan kesalahan di bawah Akta ini dan di bawah mana-mana undang-undang kecil yang boleh dikompaun oleh pihak berkuasa tempatan, orang yang boleh mengkompaun, had jumlah wang yang hendak dipungut oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengkompaun kesalahan itu dan acara dan borang yang hendak diikut bagi mengkompaun kesalahan itu; dan

(u) setakat mana yang tidak termasuk dalam mana-mana perenggan yang lain, mengadakan peruntukan bagi segala perkara acara dan lain-lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini supaya ditetapkan, atau yang perlu atau sesuai untuk ditetapkan untuk melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

Berdasarkan peruntukan am di atas, Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah membuat Undang-Undang Kecil MPAJ untuk diguna pakai di kawasan pentadbiran ini. Berikut adalah senarai UUK yang digunapakai dan dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya:

Muka Surat: 1  2  

 
 

Polls Display Polls Display

Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian piagam pelanggan MPAJ?.
% Votes
0% 0 Ya
0% 0 Tidak

Total Votes: 0
 

Waktu Solat Waktu Solat


Jumaat, 25 April 2014
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

 

Calendar Calendar

25 April 2014
M T W T F S S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4
 
  UNDI ANDA   WAKTU SOLAT   KALENDAR  

UNDI ANDA | WAKTU SOLAT | KALENDARarrow-down