Latar Belakang Jawatankuasa Penduduk MPAJ Diasaskan pada 1hb Julai 1992 melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kawasan pentadbiran MPAJ terletak di dalam dua pusat Pentadbiran Tanah Daerah iaitu Hulu Langat dan Gombak yang berkeluasan 143.5 km persegi. Sebagai sebuah Kerajaan di peringkat ketiga, MPAJ mempunyai tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan bermutu kepada penduduknya yang dianggarkan berjumlah 57,000
Objektif
Mempertingkat dan memperkemaskan fungsi dan peranan Ahli Majlis
Mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman antara pihak Majlis dan penduduk
Menjadi pengantara dalam menyalurkan maklumat kepada penduduk
Merapatkan hubungan silarturrahim di kalangan penduduk
Memantau dan menyelaras bantuan kepada Persatuan-Persatuan Penduduk
Merancang, melaksana dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan
Memantau perjalanan dan aktiviti Persatuan Penduduk daripada kegiatan negatif
Misi Memberi perkhidmatan perbandaran yang berkualiti tinggi kepada semua penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Aktiviti Perlaksanaan Aktiviti
JKP setiap zon perlu merangka dan merancang aktiviti dan program bagi tempoh satu tahun.
Aktiviti yang hendak dilaksanakan perlulah mendapatkan persetujuan Ahli Jawatankuasa
Setiap perancangan aktiviti dan program perlulah mendapatkan kelulusan daripada JKP Induk terlebih dahulu sebelum dilaksanakan
Tumpuan Aktiviti
Mengutamakan program-program yang mewujudkan semangat kejiranan dan setiakawan
Pelbagaikan aktiviti dan program yang menyatukan pelbagai kaum
Lebih kepada program pencegahan melalui aktiviti seperti gotong-royong, kebersihan, sukan serta pengindahan kawasan sekeliling
Jumlah Pelawat : 4161
Tarikh Akhir Dikemaskini : 10 Februari 2011